Fazley Yaakob


Fazley Yaakob

DIMP, (Pahang)
Kelahiran
Ahmad Fadzli bin Yaakob

(1978-04-18) 18 April 1978
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, pelakon, model iklan, pengacara, pakar motivasi, chef selebriti
Tahun aktif1995–kini
PasanganAzrene Soraya binti Abdul Aziz (k. 2006; c. 2024)
Anak-anak4
IbuDatin Umi Kalsom Abdol Latib
BapaDatuk Yaakob Mohammad
SaudaraRaden Ahmad Faizal Yaakob (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada

Dato' Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob atau Fazley (lahir 18 April 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1995 ketika berusia 17 tahun. Setelah melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington, New Zealand, Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM), beliau juga bergelar pakar motivasi dan Eksekutif Chef kepada Suka Sucre Bistro.


Lagu beliau yang paling popular adalah lagu ciptaan komposer Ajai yang berjudul Asmara Ini pada tahun 2001. Beliau juga aktif sebagai pelakon, pengacara dan juga menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Lalu, beliau berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris). Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan "From Rembau to Paris".