Jamil Khir Baharom

Jamil Khir Baharom
SSDK (Kedah); SSAP (Pahang) ;DSNS (Negeri Sembilan);
DSDK (Kedah); DIMP (Pahang); JSM, KMN (Malaysia)
جاميل خير بهاروم
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Menyandang jawatan
April 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehKu Abdul Rahman Ku Ismail
Penasihat Agama
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
27 November 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Didahului oleh Abdullah Md Zin
Digantikan oleh Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
Dalam jawatan
10 April 2009 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Abdul Hamid Zainal Abidin
Digantikan oleh Mujahid Yusuf Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P12 Jerai, Kedah
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Mohd Firdaus Jaafar
Digantikan oleh Sabri Azit
Majoriti1,196 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir
Jamil Khir bin Baharom

(1961-06-25) 25 Jun 1961
Yan, Kedah
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Seri Fatmawati Saidin
Anak6
KediamanKampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor
Tempat belajarUniversiti Malaya
Universiti Cordoba
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPegawai Tentera
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmatKor Agama Angkatan Tentera
Tahun khidmat1986–2009
PangkatMejar Jeneral
PangkalanPengarah Kor Agama

YBhg Mejar Jeneral (B.)Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (Jawi: جاميل خير بهاروم; lahir 25 Jun 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) (2009-2018), mantan Ahli Parlimen Jerai selama sepenggal (2013-2018) dan mantan Ahli Dewan Negara (2009-2012). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Beliau pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1. Sebelum ini, pada 7 Januari 2004, Brig Gen (Bersara) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dari Kagat juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.