Malaysian Idol

Malaysian Idol
FormatPertandingan nyanyian
Pertandingan realiti
PenciptaSimon Fuller
PengacaraSoo Kui Jien (1-2)
Sharifah Aleya (1)
Cheryl Samad (2)
JuriRoslan Aziz (1-2)
Fauziah Latiff (1-2)
Paul Moss (1-2)
PenggubahJulian Gingell
Barry Stone
Cathy Dennis
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod53
Penerbitan
LokasiPelbagai
Tempoh siaran3 jam
Penyiaran
Saluran asal8TV (Siaran langsung)
TV3 (Siaran ulangan)
Siaran asal15 Ogos 2004 – 24 September 2005
Kronologi
Diikuti olehOne in a Million

Malaysian Idol ("Idola Malaysia") ialah siri Idol versi Malaysia yang diperkenalkan di UK, sama seperti francaisnya, Pop Idol dan American Idol. Ini merupakan pertandingan untuk mencari bakat baru di Malaysia, pemenangnya akan menerima perjanjian kontrak dari syarikat rakaman besar, begitu pun ada dikalangan peserta yang tidak memenanginya juga mendapat kontrak rakaman kerana memiliki kepopularan. Seperti rancangan Idol yang lain, pemenang ditentukan oleh orang ramai. Malaysian Idol mendapat sambutan kerana peminat dari Malaysia tertarik dengan siri American Idol yang mana telah diperkenalkan beberapa tahun sebelumnya.

Ia disiarkan di 8TV dan TV3. Beberapa peserta terakhir Malaysian Idol telah menjadi selebriti terkenal, kerana mereka mempunyai pengikut setia sendiri yang mengikuti mereka semasa menjadi peserta rancangan itu. Bagaimanapun siri ini hanya bersiaran selama dua musim sebelum digantikan dengan One in a Million pada tahun 2006. Keputusan itu dibuat selepas pihak 8TV mengumumkan bahawa siri ini tidak akan diteruskan untuk musim ketiganya.