Hijab


Dalam Islam, hijab (Arab: حجاب, rumi: ḥijāb merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Berhijab adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya." Sebelum berkembangnya agama Islam, hijab dipakai oleh wanita Parsi, sama ada ahli keluarga diraja mahupun orang awam. Kerana wujudnya jalur perdagangan antara negeri Parsi dan negeri Arab, hijab akhirnya menjadi bahagian daripada budaya Arab selepas berkembangnya agama Islam.

Darjah pemakaian hijab berbeza-beza mengikut tempat.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian hijab (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, hijab dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian hijab kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai hijab.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai hijab di tempat-tempat tertentu.

Fesyen dan jenis hijab juga berbeza-beza mengikut adab setempat:

  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.