Tudung

Tudung (Jawi: تودوڠ) juga dieja sebagai tudong ialah sebuah gaya hijab yang biasa dipakai oleh kalangan wanita Islam di alam Nusantara; Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Kini, tudung merupakan sebahagian daripada kod pakaian pada kebanyakan pejabat di Indonesia dan Malaysia, serta pakaian seragam sekolah dan majlis rasmi. Walaupun pada mulanya dianggap sebagai bentuk pakaian konservatif, ia kini dipakai oleh kebanyakan wanita Islam sederhana di Malaysia dan Indonesia.