Selawat
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Perundangan Islam (Fiqah) |
|---|
| Suatu disiplin kajian Islam |
|
Perkataan Selawat atau Salawat (Arab: الصلوات) diambil dari perkataan solat (Arab: الصلاة), beerti doa, pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad."
Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:
Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
Al-Quran turut berfirman di dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.