Syura

Syura (Arab: شُورَى, rumi: syūrā "perundingan" terbitan kata kerja شَاوَرَ syāwara "berunding") ialah perkataan Arab untuk mesyuarat atau rundingan. Ia merupakan kaedah yang digunakan untuk membuat keputusan besar dan memilih pemimpin dalam masyarakat Arab sejak Zaman Jahiliyah.