Zakat fitrah
Dalam Islam, Zakat Fitrah ialah satu bentuk pemberian derma yang dituntut oleh Islam bagi setiap Muslim yang berkemampuan pada akhir Ramadan. Zakat Fitrah dikenali juga sebagai Zakat Badan, Zakat Puasa, Zakat Ramadan, dan Zakat Fitri. Zakat ini dilakukan dalam bentuk memberi makanan ruji bagi membolehkan golongan fakir dan miskin menyambut Aidilfitri, satu perayaan yang menandakan berakhirnya ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Tuntutan ibadat ini bermula daripada terbenamnya matahari pada hari terkakhir pada bulan Ramadan dan bertrusan sehingga bermulanya solat sunat Aidilfitri pada pagi keesokannya.
Walaubagaimanapun, zakat ini juga boleh ditunaikan lebih awal daripada tempoh ini. Sebahagian Sahabat Rasulullah SAW menunaikan zakat mereka beberapa hari sebelum Aidilfitri. Kadar yang diwajaibkan adalah sama bagi setiap individu tanpa mengambil kira pendapatan dan kekayaan individu tersebut, Kadar yang diwajibkan ialah satu sa' (empat tadahan tangan penuh) makanan, bijirin dan buah-buahan kering bagi setiao ahli keluarga, yanga mana boleh dibayar dengan nilai wang yang setara.
Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Beragama Islam (bukan murtad)
- Berakal
- Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal