Mursyidul Am
Mursyidul Am (Arab: المرشد العام) merupakan jawatan tertinggi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mursyidul Am ialah pengerusi bagi Majlis Syura Ulamak PAS yang merupakan badan tertinggi bagi menentukan dasar parti Islam tersebut. Jawatan ini dimodelkan mengikut jawatan serupa dalam Ikhwan Muslimin. Jawatan Mursyidul Am sebelum ini pernah disandang oleh Tuan Guru Yusuf Rawa (1987-1995), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1995-2015), dan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2015-2016). Kini, jawatan tersebut disandang oleh Tuan Guru Dato' Hj. Hashim Jasin.