Ahmad Long

Ustaz Haji
Ahmad Long
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis
bagi Sanglang
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului oleh Jaafar Hassan
Digantikan oleh Md Zain Hamzah
Maklumat peribadi
Lahir Perlis
Parti politik Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983)
Parti Islam Se-Malaysia

Ustaz Haji Ahmad Long ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mewakili Barisan Nasional selepas menang bertanding dalam pilihan raya negeri Perlis 1974. Ketika itu PAS berada dalam gabungan Barisan Nasional. Beliau antara tokoh ulama tempatan yang menghadiri persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang kemudiannya menubuhkan PAS pada November 1951 dan terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sesi pertama. Semasa krisis dalaman PAS pada 1983 yang menyebabkan keluarnya Yang Dipertua Agung PAS, Mohd Asri Muda dari PAS, Haji Ahmad dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pendamai. Beliau telah menyertai Mohd Asri dalam pembentukan Parti Hizbul Muslimin Malaysia dan dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat.