Hasbullah Awang
Hasbullah Awang DIMP (Phg); AMP (Prk);: AMP (Phg); PPN | |
|---|---|
| Kelahiran | Hasbullah bin Awang 9 September 1952 |
| Meninggal dunia | 12 Februari 2015 (umur 62) |
| Sebab kematian | Komplikasi jantung |
| Pekerjaan | Pengulas sukan, pengacara, penyampai radio |
| Tahun aktif | 1974–2015 |
| Majikan |
|
| Pasangan | Datin Hazida Alang Ahmad (k. 1975; m. 2015) |
| Anak-anak | 4 |
YH Dato' Haji Hasbullah Awang (9 September 1952 – 12 Februari 2015) merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Sebelum kematiannya, beliau bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia. Beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk siri animasi Kampung Boy.
Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 (sekarang Radio Klasik). Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman biola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Hasbullah, 63 meninggal dunia pada 12 Februari 2015 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara.