Bola sepak di Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1921 dengan pimpinan Andrew Caldecott. Caldecott menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak dan untuk berusaha bagi melepaskan Tanah Melayu daripada kolonialisme Inggeris dan Jepun. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.