Afdlin Shauki


Afdlin Shauki

افضلين شوقي
Kelahiran
Afdlin Shauki bin Aksan

(1971-05-19) 19 Mei 1971
PekerjaanPelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi
PasanganMaria Christina Orow Abdullah (k. 1997; c. 2022)
Datin Marcella (k. 2023)
Anak-anak3 (termasuk Mia Sara)
Ibu bapa
  • Aksan Abu Bakar (bapa)
  • Fadzilah Jelani (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanAcid Rain Records
Kegiatan berkaitanAcidiz, Sheila Majid, Zainal Abidin, Azman Warren, Amir Yussof, Zubir Ali
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, muzik
GenreKomedi, sketsa, satira
Laman web rasmiwww.afdlinshauki.com

Dato' Haji Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971) atau dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions (RAP) dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 5 kali. Pada tahun 2003, beliau melancarkan album studio sulungnya, Fuuyo! yang mana Afdlin turut mencipta beberapa lagu.

Selain itu, beliau juga menjadi pengacara untuk beberapa rancangan TV seperti Golden Dreams (1999), Golden Dreams Extreme (2000), TV: ISM (2003), Ah-ha (2004), Liga Lawak Superstar (2013) dan Arena Panggang (2018). Afdlin terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2000), Soalnya Siapa? (2002), Biar Betul (2004), Cuci (2008), Sepi (2008), Nasi Lemak 2.0 (2011), Kami Histeria (2014), Bikers Kental 2 (2019) dan Imaginur (2023). Beliau juga terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Sumolah (2007), Papadom (2009), Misteri Jalan Lama (2011) dan Untuk Tiga Hari (2012).

Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri hiburan seperti Anugerah Industri Muzik dan Festival Filem Malaysia. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.