Sumolah
| Sumolah | |
|---|---|
Poster promosi | |
| Pengarah | Afdlin Shauki |
| Penulis |
|
| Lakon layar |
|
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Helmi Yusof |
| Disunting oleh | Faizul Mohd Noh |
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | 10 Mei 2007 |
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | |
| Bajet | RM 3 juta |
| Pecah panggung | RM 600,000 |
Sumolah (digayakan sebagai SUMOlah) merupakan filem aksi komedi sukan Malaysia 2007 arahan Afdlin Shauki, yang menampilkan seni mempertahankan diri sumo dari Jepun. Afdlin menulis skrip filem ini bersama isterinya, Christina Orow dan ditulis bersama oleh Michihiro dan Tomoko Kubota. Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Awie, Patrick Teoh, Radhi Khalid menampilkan barisan pelakon dari pelbagai negara termasuk Inthira Charoenpura (Thailand) yang dikenali menerusi filem Nang Nak, serta Gurmit Singh (Singapura) yang dikenali dengan watak dan sitkom Phua Chu Kang. Filem ini mengisahkan apa yang bakal terjadi apabila seorang berbangsa Melayu dipaksa menyertai persada sukan sumo yang mencabar. Dikeluarkan pada 10 Mei 2007, filem ini mendapat sambutan di pawagam dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.