Radio Klasik

Radio Klasik
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaranASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
SloganMenggamit Kenangan
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama1 April 1946 (1946-04-01) sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) dan Perkhidmatan Bahasa Melayu (Rangkaian Biru)
FormatBerita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya)
Perkhidmatan Bahasa Melayu
Rangkaian Biru
Radio Malaysia
Rangkaian Nasional
SekutuMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Radio Bisnes
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Radio Bisnes
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/radio-klasik
Tapak webradioklasik.rtm.gov.my

Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Melayu dan Rangkaian Biru) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.

Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Radio Klasik bersiaran serentak di Perlis FM pada setiap hari bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi setiap hari mulai 1 Januari 2025.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.