Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Dekna Lee
PenciptaDekna Lee
Ditulis olehDekna Lee
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme
Lagu penutup"Hantu Atau Buaya" oleh Nana Sheme
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran20 minit
Syarikat pengedaran
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Disember 2016 – 31 Januari 2017

Hantu Punya Bos ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Intan Najuwa. Diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Dekna Lee, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 28 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017 menggantikan Love You Mr. Arang.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.