Shukri Yahaya
Shukri Yahaya | |
|---|---|
شكري يحي | |
| Kelahiran | Mohd Shukri bin Yahaya 13 Jun 1988 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
| Tahun aktif | 2009–kini |
| Pasangan | Siti Nurfatihah "Tya" Adnan (k. 2015) |
| Anak-anak |
|
Mohd Shukri Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021), Andai Itu Takdirnya (2023) dan Surat Dari Tuhan (2023), Layang Layang Perkahwinan (2024) dan Kuih Muah (2024) dan Hai Cinta, Dengarkanlah (2024) dan Curang Tanpa Niat (2024), BRU (2025) dan Rumah Tanpa Luka (2025). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series.