Intan Najuwa
Intan Najuwa | |
|---|---|
| Kelahiran | Intan Najuwa binti Abdul Wahid 18 Ogos 1997 |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) BAC College (Singapore) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Pasangan | Dato' Ahmad Azraf Azman (k. 2023) |
| Anak-anak | 1 |
Datin Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi wataknya sebagai Abby di dalam drama Hantu Punya Bos dan mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial sebagai Tengku Ismahanim dan drama Setelah Ku Dimiliki sebagai Sarra. Sebelumnya beliau juga merupakan seorang blogger.