Hameed Mytheen Kunju Basheer

Hameed Mytheen Kunju Basheer
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Menyandang jawatan
5 April 2023
(Kerja, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan)
GabenorMohd Ali Rustam
TimbalanZahari Abd Kalil
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Didahului olehRahmad Mariman
Kawasan pilihan rayaAyer Limau
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Ayer Limau
Menyandang jawatan
20 November 2021
Didahului olehAmirudin Yusof
(BNUMNO)
Majoriti1,085 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2021–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir (1973-02-08) 8 Februari 1973
Ayer Limau, Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanGuru
Hameed Mytheen Kunju Basheer di Facebook

Hameed bin Mytheen Kunju Basheer merupakan seorang ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Ayer Limau sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Di peringkat parti, beliau ialah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Masjid Tanah. Sebelum menyertai politik, beliau merupakan guru pendidikan jasmani di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah.