Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
| Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan | |
|---|---|
| Nama asli | Nobelpriset i fysiologi eller medicin (sv) |
| Jenis | Hadiah Nobel |
| Penerangan | Penerokaan fisiologi dan perubatan yang membawa kepada manfaat bagi umat manusia |
| Lokasi | Stockholm, Sweden |
| Negara | Sweden |
| Disampaikan oleh | Nobel Assembly at Karolinska Institutet |
| Ganjaran | 9 juta SEK (2017) |
| Kali pertama | 1901 |
| Kini dipegang oleh | Harvey J. Alter, Michael Houghton dan Charles M. Rice (2020) |
| Tapak web | |
| nobelprize.org | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (Svensk: Nobelpriset i fysiologi eller medicin; bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physiology or Medicine) dikurniakan setahun sekali oleh Institut Karolinska di Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan menurut wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895, selain bidang-bidang Fizik, Kimia, Kesusasteraan dan Keamanan sejak tahun 1901.
Pemberian hadiah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh saintis menceburi bidang-bidang iniini pertama dikurniakan kepada ahli fisiologi Jerman bernama Emil Adolf von Behring pada tahun 1901 atas "sumbangannya kepada terapi serum, terutamanya kegunaannya untuk merawat difteria, yang mana beliau membuka jalan baru dalam bidang sains biologi dan dengan itu meletakkan senjata kemenangan terhadap penyakit dan maut placed di tangan tabib".
Hadiah ini disampaikan dalam suatu upacara tahunan di Stockholm pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian Nobel, yang mana pemenangnya menerima hadiah kurniaan Raja Sweden yang berbentuk diploma, pingat dan dokumen yang mengesahkan nilai hadiahnya. Pemenang terkininya diumumkan Institut Karolinska pada 5 October 2020 jatuh kepada Harvey J. Alter, Charles M. Ricedan Briton Michael Houghton atas sumbangan mereka menemukan virus Hepatitis C.