Hadiah Nobel

Hadiah Nobel
Nama asliNobelpriset (sv)
JenisPrize (en)
PeneranganSumbangan cemerlang untuk manusia sejagat dalam Fizik, Kimia, Kesusasteraan, Keamanan, Fisiologi atau perubatan dan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi
TempatStockholm
NegaraSweden,
Norway (hanya Hadiah Keamanan)
Disampaikan olehAkademi Sweden
Jawatankuasa Nobel Akademi Sains Diraja Sweden
Jawatankuasa Nobel Karolinska Institutet
Jawatankuasa Nobel Norway
Kali pertama1901
Tapak web
nobelprize.org
sunting · sunting di Wikidata

Hadiah Nobel (sebutan Sweden: [noˈbɛl], bentuk tentu, mufrad bahasa Sweden: Nobelpriset; bahasa Norway: Nobelprisen) ialah hadiah yang dimulakan oleh wasiat Alfred Nobel, dan dianugerahkan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes Hadiah Keamanan Nobel) yang telah melakukan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa, atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah-hadiah Nobel yang umumnya dianugerahkan setiap tahun dalam kategori-kategori yang disenaraikan di bawah, dianggap secara meluas sebagai pujian yang tertinggi dalam dunia pada hari ini.

Sejak November 2005, sebanyak 776 buah Hadiah Nobel telah dianugerahkan (758 kepada individu dan 18 kepada pertubuhan). Bagaimanapun, beberapa pemenang hadiah telah menolak anugerah ini. Terdapat juga tahun-tahun yang hadiah ini tidak dianugerahkan; umpamanya, semasa Perang Dunia II, hadiah-hadiah Nobel langsung tidak dianugerahkan antara tahun 1940 dan 1942. Khususnya, pemilihan hadiah keamanan amat terjejas oleh pendudukan Jerman Nazi di Norway.

Hadiah-hadiah Nobel harus dianugerahkan sekurang-kurangnya satu kali pada setiap lima tahun. Calon-calon harus masih hidup pada masa pencalonan dan sejak tahun 1974, anugerah ini tidak boleh diberikan kepada orang yang sudah meninggal dunia. Hadiah yang diberikan tidak boleh ditarik balik.