Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
JenisHadiah Nobel
PeneranganSumbangan cemerlang dalam bidang kesusasteraan
TempatStockholm
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)
Kali pertama1901
Kini dipegang olehHan Kang (2024)
Tapak web
nobelprize.org
sunting · sunting di Wikidata

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Svensk: Nobelpriset i litteratur, bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel. Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.