Yayasan Nobel

Yayasan Nobel (Svensk: Nobelstiftelsen) ialah sebuah institusi swasta didirikan pada 29 Jun 1900 untuk menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran Hadiah Nobel. Yayasan ini ditubuhkan berdasarkan wasiat terakhir Alfred Nobel, ahli kimia, jurutera, penginovasi, pengilang senjata serta pencipta dinamit.

Yayasan ini turut mengadakan Simposium Nobel (Nobel Symposia) terhadap penemuan penting dalam sains dan topik yang berkepentingan budaya atau sosial.