Emil von Behring
Emil von Behring | |
|---|---|
Emil Adolf von Behring | |
| Kelahiran | Adolf Emil Behring 15 Mac 1854 |
| Meninggal dunia | 31 Mac 1917 (umur 63) Marburg, Hesse-Nassau |
| Warganegara | Jerman |
| Terkenal kerana | antitoksin/serum fisiologi |
| Anugerah | Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (1901) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Fisiologi, immunologi |
| Pelajar terkemuka | Hans Schlossberger |
Emil Adolf von Behring, yang dilahirkan sebagai Emil Adolf Behring (15 Mac 1854 - 31 Mac 1917), ialah seorang ahli fisiologi Jerman. Beliau mendapat Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama tahun 1901 atas penemuan antitoksin yang membantu membasmi penyakit difteria sehingga turut mendapat jolokan "penyelamat kanak-kanak". Beliau mendapat penghormatan bangsawan Prusia pada tahun 1901, dan seterusnya dikenali oleh nama keluarga "von Behring".