Dick Lee

Dick Lee
Nama Cina李迪文
PinyinLǐ Díwén (Mandarin)
Jyutpinglei5 di2 man4 (Kantonis)
AsalHokkien (Fujian)
Lahir (1956-08-24) 24 Ogos 1956
Singapura
Nama lainRichard Lee Peng Boon
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lagu,
Jenis muzikPop kantonis, teater muzikal
Tahun aktif1971–kini
Laman web rasmiwww.dicklee.com

Richard Lee Peng Boon atau Dick Lee (lahir 24 Ogos 1956) adalah seorang penyanyi pop, komposer, penulis lagu, dan pengarang drama Singapura. Beliau terkenal sebagai juri Singapore Idol, tetapi sering juga sebagai jurucakap bagi generasi Asia Baru.

Beliau dilahirkan kepada bapa Peranakan, Lee Kip Lee, (yang menulis untuk The Straits Times), dan seorang ibu Cina, Elizabeth Tan. Beliau adalah anak sulung dalam keluarga seramai lima bersaudara, dengan tiga adik-adik yang telah tiada. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Michael (kini SJI Junior) dan pendidikan menengah di Institusi St. Joseph. Pada tahun 1992, beliau berkahwin dengan penyanyi jazz Jacintha Abisheganaden dan bercerai beberapa tahun kemudian. Beliau adalah seorang penganut Roman Katolik.