Gunung Angsi
| Gunung Angsi | |
|---|---|
Gunung Angsi, dilihat dari Senawang. | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 825 m (2,707 ka) |
| Geografi | |
Gunung Angsi Lokasi di Malaysia | |
| Lokasi | Daerah-daerah Kuala Pilah dan Seremban, Negeri Sembilan |
| Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
| Pendakian | |
| Laluan paling mudah | Bukit Putus |
Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian. Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandar raya Seremban dan juga gunung-ganang di sepanjang ekor selatan Banjaran Titiwangsa seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan, di tambah dengan laluannya yang amat mencabar.
Hutan Ulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam, dan pokok mersawa.
Sebuah pusat peranginan bukit kecil pernah bertapak di Gunung Angsi pada awal abad ke-20 yang menempatkan sebuah banglo, terletak pada ketinggian 762 meter (2,500 ka) dari aras laut.