Ulu Bendul

Ulu Bendul (sebutan dalam loghat tempatan: Lubondo; Jawi: لولو بندول) merupakan sebuah petempatan di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan,Malaysia.

Di sini terletaknya Hutan Lipur Ulu Bendul di pinggir jalan sebelum sampai ke Kuala Pilah. Air terjunnya mengalir dari puncak Gunung Angsi. Pengunjung juga boleh melawat Taman Ular Sawa yang mempamerkan lebih 25 ekor ular sawa pelbagai spesies.