Senawang

Senawang
Sonawang
Pemandangan Senawang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa dari Taman Rashidah Utama
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahSeremban
Luak Sungai Ujong
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Bandaraya Seremban

Senawang (sebutan dalam loghat tempatan: Sonawang; Jawi: سناواڠ) merupakan sebuah bandar satelit yang terletak di dalam Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Senawang merupakan salah satu pusat perindustrian yang utama di Negeri Sembilan selain Nilai, Bandar Enstek, Bandar Sri Sendayan dan Chembong.