Banglo
Banglo (bahasa Hindi: बुन्गलोव) ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal". Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami, dan mempunyai serambi lebar. Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tingkat setengah, atau dua tingkat, dan ada juga yang agak besar.