Grand Prix Singapura

Grand Prix Singapura
Litar Jalan Singapura
Maklumat litar
Pusingan 61
Jarak litar 5.067 km (3.148 bt)
Jarak perlumbaan 309.087 km (192.066 bt)
Kemenangan terbanyak (pemandu) Sebastian Vettel (5)
Kemenangan terbanyak (pengeluar) Mercedes dan Ferrari (4)
Perlumbaan terakhir(2019) :
Petak pertama
Podium
Pusingan terpantas
  • Kevin Magnussen
  • Haas - Ferrari
  • 1:42.301

Grand Prix Singapura ialah sebuah perlumbaan bermotor, yang kini dalam kalendar Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu. Ia kini diadakan di kawasan Teluk Marina, di Singapura. Setelah acara ini diadakan semula pada tahun 2008, iaitu perlumbaan pertama di lokasi Teluk Marina, yang juga merupakan perlumbaan malam pertama Formula Satu, yang telah dimenangi oleh pemandu Sepanyol, Fernando Alonso, yang memandu untuk pasukan Renault F1. Grand Prix Singapura akan kekal dalam kalendar F1 sehingga tahun 2017, selepas penganjur perlumbaan menandatangani lanjutan kontrak dengan Kumpulan Formula Satu sehari sebelum acara 2012.