Kumpulan Formula Satu
| Formula Satu |
|---|
| Musim semasa |
| Artikel berkaitan |
|
Sejarah Formula Satu |
| Senarai |
|
Pemandu (Juara • Naib juara) Pengeluar(Juara • Naib juara)
Grand Prix · Litar |
| Rekod |
|
Pemandu (Kemenangan) |
Kumpulan Formula Satu (bahasa Inggeris: Formula One Group) ialah segugusan syarikat yang bertanggungjawab terhadap promosi Kejohanan Dunia Formula Satu FIA dan eksploitasi hak-hak komersial sukan ini. Kumpulan ini adalah milik mutlak Delta Topco, sebuah syarikat yang bertapak di Jersey milik dana CVC Capital Partners (kira-kira 70%) dan JPMorgan (kira-kira 20%). Amanah keluarga Bernie Ecclestone memiliki saham selebihnya di samping saham-saham kecil yang dipegang oleh penasihat kewangan dan Ecclestone sendiri.
Pokoknya, "Formula One Group" hanya memaksudkan Formula One Management, Formula One Administration dan Formula One Licensing BV, yang merupakan anak-anak syarikat Formula One Holdings. Namun begitu, Delta Topco memiliki perniagaan Formula Satu yang juga dipanggil Formula One Group.