Formula Satu

Formula Satu
Formula Satu musim 2022
Kategori Kereta roda terbuka
Negara atau benua Antarabangsa
Musim pertama 1950
Pemandu 20
Pasukan 10
Pembekal enjin Honda · Ferrari · Mercedes · Renault
Pembekal tayar Pirelli
Kejuaraan pemandu Max Verstappen
(Red Bull Racing Team)
Kejuaraan pengeluar Mercedes AMG Petronas
Laman rasmi formula1.com
Formula Satu
Musim semasa

Formula Satu musim 2013

Artikel berkaitan

Sejarah Formula Satu
Peraturan Formula Satu
Kereta Formula Satu
Enjin Formula Satu
Perlumbaan Formula Satu
Masa depan Formula Satu

Senarai
Pemandu
(Juara • Naib juara)
Pengeluar
(Juara • Naib juara)

Grand Prix · Litar
Sistem kiraan mata
Enjin · Warna negara
Lambang tajaan
Bendera perlumbaan · Orang
Penyiaran TV
Kemalangan maut

Rekod

Pemandu (Kemenangan)
Pengeluar (Kemenangan)
Tayar · Perlumbaan

Formula Satu, juga dikenali sebagai Formula 1 atau F1 (Tulisan Jawi: فورمولا ساتو; bahasa Inggeris: Formula One) dan dirujuk secara rasmi sebagai Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA (bahasa Inggeris: FIA Formula One World Championship), adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar.

Kereta Formula Satu adalah antara kereta lumba yang terpantas di dunia, dan boleh mencapai kelajuan lebih daripada 360 km/j, dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung kepada sistem elektronik, aerodinamik, ampaian dan tayar, manakala sistem kawalan cengkaman dan alat bantuan lain telah diharamkan sejak tahun 2008.

Walaupun Eropah merupakan asas sukan ini, dan menjadi tuan rumah kira-kira separuh perlumbaan setiap tahun, skop Formula Satu telah berkembang dengan ketara sejak kebelakangan ini dan lebih banyak perlumbaan Grand Prix diadakan di benua lain. Formula Satu mempunyai jumlah penonton televisyen global sebanyak 527 juta orang sepanjang Kejuaraan Dunia Formula Satu 2010.