Red Bull Racing

Red Bull Racing-Honda RBPT
Nama penuhOracle Red Bull Racing
PangkalanMilton Keynes, Buckinghamshire, England, United Kingdom
Ketua pasukanLaurent Mekies
Ketua Pegawai TeknikalPierre Waché
Laman sesawangredbullracing.com
Nama terdahuluJaguar Racing F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2005
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai370 (369 permulaan)
Kejuaraan Pengeluar6 (2010, 2011, 2012, 2013, 2022, 2023)
Kejuaraan Pemandu7 (2010, 2011, 2012, 2013, 2021, 2022, 2023)
Kemenangan113
Petak pertama95
Pusingan terpantas95
Kedudukan 2023Pertama (860 mata)

Oracle Red Bull Racing (dahulunya dikenali sebagai Red Bull Racing) ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Milton Keynes, England, yang kini memegang lesen Austria. Pasukan ini, bersama Scuderia Toro Rosso, merupakan salah satu daripada dua pasukan yang dimiliki oleh syarikat minuman Red Bull GmbH. Pasukan ini telah memenangi gelaran Kejuaraan Pengeluar Dunia sebanyak tiga kali, pada tahun 2010, 2011, dan 2012 dan menjadi pemegang lesen negara Austria yang pertama untuk memenangi kejuaraan tersebut. Pasukan juga berjaya memenangi tiga Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 2010, 2011, dan 2012 dengan usaha Sebastian Vettel. Pasukan diuruskan oleh Christian Horner. Pasukan telah menggunakan enjin Renault sejak musim 2007, dan akan terus menggunakan enjin tersebut sehingga musim 2016. Pada bulan November 2012, ia telah diumumkan bahawa Infiniti akan menjadi nama penaja pasukan dari musim 2013 dan seterusnya, dan pasukan akan dikenali sebagai Infiniti Red Bull Racing.