Monaco

Prinsipaliti Monaco
ڤرينسيڤليتي موناکو
Principauté de Monaco (Perancis)
Principato di Monaco (Itali)
Principatu de Mùnegu (Liguria)
Bendera Jata
Cogan kata"Deo Juvante"  (Latin)
"Dengan Pertolongan Tuhan"
Lagu kebangsaanHymne Monégasque
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan)

di Eropah  (putih)

Ibu negaraMonaco
Most populated quartier
Monte Carlo
Bahasa rasmiBahasa Perancis
KerajaanRaja berperlembagaan dan Wilayah prinsipaliti beraja
• Putera Monaco
Putera Albert II
• Menteri Negara
Christophe Mirmand
• Presiden Majlis Kebangsaan
Thomas Brezzo (Primo !)
Independence
• Wangsa Grimaldi (di bawah daulat Republik Genoa)
8 Januari 1297
• dari Perancis
17 Mei 1814
• from occupation of the Sixth Coalition
17 Jun 1814
• Perjanjian Perancis-Monaco
2 Februari 1861
• Penggubalan perlembagaan
5 Januari 1911
Keluasan
• Jumlah
2.1 km2 (0.81 bt2) (193rd)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2019
38,300 (ke-190)
• Bancian Penduduk 2016
37,308
18,713/km2 (48,466.4/sq mi) (pertama)
KDNK (PPP)2015
• Jumlah
$7.672 bilion (aggrn 2015) (ke-158)
$115,700 (aggrn 2015) (ke-3)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$7.185 billion (ke-145)
$185,741 (pertama)
Mata wangEuro
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan377
Kod ISO 3166MC
DPT internet.mc

Monaco (Jawi: موناکو) ialah sebuah negara kota diperintah putera terletak di Riviera Perancis berhampiran kawasan Liguria di pesisiran Laut Mediterranean Eropah Barat dikelilingi Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali. Ia merupakan negara berdaulat kedua terkecil di Eropah selepas Kota Vatican dengan sempadan darat berukuran sepanjang 5.47 km serta pesisiran paling terpendek dunia sepanjang 3.83 km. Monaco mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Pembangunan ekonomi di negara ini banyak bergantung kepada perjudian khususnya di Kasino Monte Carlo yang didirikan lewat abad ke-19 serta pembinaan jalan kereta api MarseilleVentimiglia yang menghubungkan ke rangkaian berpusat di Paris, Negara ini tidak melaksanakan pencukaian pendapatan dan perniagaan malah menjadi tumpuan kerana kurangnya pelaksanaan cukai berkaitan; sebanyak 30% penduduk yang mendiami negara ini adalah jutawan dengan pemilikan estet terkumpul mencecah sebanyak €100,000 ($142,000) setiap meter persegi pada tahun 2018.