Grand Prix Singapura 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-14 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
Litar Jalan Singapura | ||
| Tarikh | 23 September 2012 | |
| Nama rasmi | 2012 Formula 1 SingTel Singapore Grand Prix | |
| Lokasi | Litar Jalan Singapura, Teluk Marina, Singapura | |
| Litar | Litar jalanan 5.073 km (3.15 batu) | |
| Jarak | 61 pusingan, 309.453 km (192.15 batu) | |
| Cuaca | Panas dan lembap, 29 °C (84 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:46.362 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Nico Hülkenberg | Force India-Mercedes |
| Masa | 1:51.033 pada pusingan ke-52 | |
| Podium | ||
| Pertama | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Kedua | Jenson Button | McLaren-Mercedes |
| Ketiga | Fernando Alonso | Ferrari |
Grand Prix Singapura 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 SingTel Singapore Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah diadakan di Litar Jalan Singapura, di Teluk Marina, Singapura, pada 23 September 2012. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan yang ke-14 bagi musim 2012.
Lewis Hamilton bermula dari petak pertama. Sebastian Vettel memenangi perlumbaan selepas Hamilton terpaksa bersara selepas mengalami masalah kotak gear pada awal perlumbaan.