Exist (album)

Exist
Album studio oleh
Dilancarkan pada30 November 1991
Dirakamkan padaMei-Jun 1991
TempatMalaysia
GenrePop rock, soft rock, hard rock, pop metal
Panjang41:53
BahasaBahasa Melayu Malaysia
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitRahim Othman
Kronologi Exist
Exist
(1991)
Anugerah
(1993)
Single daripada Exist
  1. "Untukmu Ibu"
  2. "Rahsia Pohon Cemara"
  3. "Langkah Seiringan"
  4. "Janji Bidadari"
sunting · sunting di Wikidata

Exist merupakan album studio yang pertama oleh kumpulan Exist dan dikeluarkan pada 30 November 1991. Lagu Untukmu Ibu ciptaan Rahim Othman telah menaikkan nama Exist di industri muzik Malaysia dan album ini telah terjual melebihi 250,000 unit, satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk sebuah kumpulan rock baharu pada waktu itu. Kejayaan album Exist ini telah membolehkan Exist untuk menerima anugerah platinum berkembar daripada syarikat rakaman pada tahun berikutnya. Album ini juga merupakan satu-satunya album kumpulan Exist yang mempunyai 6 orang anggota.

Selain Untukmu Ibu, lagu hit daripada album ini ialah Rahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan. Album ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Jojo's Production dan diedarkan oleh BMG Pacific (kemudiannya dikenali sebagai BMG Music). Memandangkan kebanyakan anggota Exist masih bersekolah lagi, proses rakaman album dibuat di Lion Studio, Singapura selama hampir 7 bulan, berbeza dengan kumpulan senior mereka, Mega yang merakamkan album mereka di King Studio, Petaling Jaya, Selangor.