Along Exists
Along Exists | |
|---|---|
| Nama lahir | Azhrul Bin Nasir |
| Juga dikenali sebagai | G-Nola |
| Kelahiran | 10 Ogos 1978 Mersing, Johor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Rock, Balada, Pop Rock |
| Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu, penerbit album |
| Alat muzik | Gitar, piano, keyboard, vokal |
| Tahun aktif | 1991—kini |
| Syarikat rakaman | Ada Exists Sdn. Bhd. |
| Kegiatan berkaitan | Exists, Gerilia |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Azhrul Nasir atau juga dikenali sebagai Along atau juga G-Nola serta Along Exists (lahir 10 Ogos 1978) merupakan pemain gitar utama kumpulan Exists yang ditubuhkan pada akhir 1991. Beliau merupakan nadi utama dalam kumpulan Exists bersama bapa saudaranya, Musa Radhi atau Musrad kerana banyak mencipta lagu-lagu untuk kumpulan tersebut. Beliau juga merupakan abang kepada pemain dram kumpulan Spider dan Gerilia iaitu Aie.