Embun (filem)
| Embun | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Erma Fatima |
| Penulis |
|
| Lakon layar |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Gay Hian Teoh |
| Disunting oleh | Kamaruddin Abu |
| Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 135 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | |
| Bajet | RM3 juta |
| Pecah panggung | RM142 ribu |
Embun ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia 2002 arahan Erma Fatima dengan skrip oleh Erma dan Rohiman Haroon terbitan bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Ia mengisahkan Embun, seorang wanita yang sentiasa bersemangat dalam memperjuangkan misi abangnya kerana telah ditawan oleh tentera Jepun kerana menentang pencerobohan Jepun. Filem ini dibintangi oleh Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin, Rahim Razali, Ahmad Tarmimi Siregar, Khatijah Tan dan Izi Yahya. Dialog filem Embun menggunakan bahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Asalnya bertajuk Titisan Air Mata Embun, filem ini ialah filem pertama terbitan bersama FNM dan FINAS dengan kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Penggambaran dijalankan pada Julai dan September 2001 di Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Embun ditayangkan pada 1 Ogos 2002 di pawagam seluruh Malaysia. Meskipun telah menerima pelbagai ulasan positif, filem ini menjadi kegagalan komersial apabila hanya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM142,000. Filem ini telah menerima 6 kemenangan daripada 10 pencalonan di Anugerah Skrin 2003 dan 7 kemenangan daripada 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-16. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, namun ia turut menerima kritikan.