Umie Aida


Umie Aida
اومياي ايدا
Kelahiran
Umi Khalsum binti Rahmad Ali

(1973-01-18) 18 Januari 1973
PekerjaanPelakon, Penerbit, Penyanyi, Ahli Perniagaan
Tahun aktif1991–kini
PasanganDato’ Sri Khairuddin Abu Hassan (k. 2010)
SaudaraErma Fatima (kakak)
Betty Rahmad (adik)

Datin Sri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah empat (4) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah dua (2) kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi menerusi filem "Embun" (2002) dan "Dukun" (2018) serta turut memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) di Festival Filem Malaysia. Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem "Embun" dan "Qaisy & Laila". Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama berlatarkan zaman dahulu kala, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.