Fatimah Abu Bakar
Fatimah Abu Bakar | |
|---|---|
| Kelahiran | Fatimah binti Abu Bakar 3 Mac 1955 |
| Pekerjaan | Pelakon, wartawan, penulis, jurulatih lakonan |
| Tahun aktif | 1984–kini |
| Pasangan | Syed Zainal Rashid Al-Yahya |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu bapa |
|
Fatimah binti Abu Bakar (lahir 3 Mac 1955) merupakan seorang pelakon, wartawan, jurulatih lakonan dan penulis wanita Malaysia. Selain kerjaya lakonan, beliau pernah menjadi wartawan dan penulis akhbar New Straits Times dan menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia. Anak-anak beliau Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.