Filem Negara Malaysia

Filem Negara Malaysia
FNM
Jabatan Filem Negara (JFN)
Intisari agensi eksekutif
Dibentuk1 April 1946 (1946-04-01)
Agensi terdahulu
  • Malayan Film Unit (MFU)
    (1946–1963)
Dibubarkan15 Mei 2013 (2013-05-15)
Agensi yang mengambil alih
JenisAgensi eksekutif
Ibu pejabatJalan Utara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Agensi induk
Kementerian Komunikasi Malaysia
Laman sesawang
www.filemnegara.gov.my

Filem Negara Malaysia (FNM; kadangkala disebut juga sebagai Jabatan Filem Negara atau JFN) merupakan agensi penerbitan filem Malaysia. Ia merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Penerangan selain Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Semuanya mempunyai peranan yang sama iaitu memberikan penerangan dan maklumat berhubungan dengan dasar dan agenda kerajaan kepada rakyat. Hanya cara atau pendekatannya yang berbeza.

Antara peranan utama FNM ialah menyebarkan maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan serta mempromosikan negara menerusi filem yang diterbitkan. Selain itu, FNM berperanan untuk menerbitkan filem dokumentari dan treler berkualiti dan membekalkannya kepada pelanggan, menjadi organisasi penerbitan filem rasmi Kerajaan bertaraf antarabangsa.