Giegiel
Giegiel | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock, metal |
| Tahun aktif | 1998-kini |
| Syarikat rakaman | MIG Records |
| Kegiatan berkaitan | Edrie Hashim, Waheeda |
| Anggota semasa | Ejam - vokal, gitar kedua Achik - gitar utama Ija - gitar bes Doy - dram |
| Bekas anggota | Jeff - gitar (menyertai kumpulan XPDC Peng Yu) Eroll - gitar Blond - gitar bes (menyertai kumpulan SYJ Pewaris) Yusman - gitar bes |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Giegiel merupakan sebuah kugiran rock dan metal yang aktif di Malaysia sejak tahun 1998 sehingga kini. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu mereka dalam bahasa Melayu.
Sepanjang karier seni mereka, Giegiel merakamkan dua buah album studio bersama MIG Records (syarikat rakaman naungan Metrowealth International Group) iaitu album Gigil pada tahun 2002 dan album Eksklusif pada tahun 2004.
Nama mereka mula menjadi bualan ramai selepas lagu duet mereka bersama penyanyi berimej Muslimah, Waheeda, yang berjudul Mencari mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat muzik tanah air, sehingga lagu tersebut berjaya memasuki peringkat separuh akhir rancangan hiburan terkenal TV3, Muzik-Muzik edisi kesembilan belas pada tahun 2004. Pada tahun yang sama juga, Giegiel dan Waheeda mempersembahkan lagu tersebut di Anugerah ERA 2004.
Sehingga kini, Giegiel tidak pernah dibubarkan walaupun hanya Ejam dan Doy anggota asal yang masih kekal bersama. Kini Giegiel dibarisi oleh Ejam (vokal dan gitar kedua), Achik (gitar utama), Ija (gitar bes) dan Doy (dram).
Ejam dan Doy pernah menyertai kumpulan SYJ Pewaris bersama abang mereka, Alang SYJ buat sementara waktu. Jeff pula bergelar pemain gitar untuk kumpulan XPDC Peng Yu sejak tahun 2015. Blond kini menyertai SYJ Pewaris menggantikan Wan sebagai pemain gitar bes.