Cinta Dari Marikh

Cinta Dari Marikh
GenreDrama, percintaan, komedi, fantasi
PengarahSyafiq Yusof
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Chacha Maembong
Lagu pembukaan"Susun Silangkata" oleh Aizat Amdan
Lagu penutup"Sungai Lui" oleh Aizat Amdan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzman Hj. Ismail
PenerbitYusof Haslam
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal30 November 2015 – 23 Mei 2016

Cinta Dari Marikh merupakan sebuah siri drama komedi romantik fantasi Malaysia 2015 arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions untuk siaran menerusi Slot Selekta Prima di TV2 yang bersiaran dari 30 November 2015 hingga 23 Mei 2016, dibintangi oleh Fattah Amin dan Chacha Maembong. Ia mengisahkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh.

Ia merupakan salah satu daripada lima drama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam format definisi tinggi bersama-sama dengan Metro Skuad, Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur dan Evolusi KL Drift: The Series.