Televisyen Pusat China

Televisyen Pusat China
تيليۏيشن ڤوست چينا
Jenis/bentuk sahRangkaian televisyen,
Televisyen satelit dan
kabel
IndustriPenyiaran televisyen
Ditubuhkan2 September 1958
Ibu pejabat Beijing, China
KeluaranTelevisyen 
Syarikat indukNews Corporation
Tapak webwww.cctv.com
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_name"

Televisyen Pusat China (Cina Ringkas: 中国中央电视台; pinyin: Zhōngguó Zhōngyāng Diànshìtái, bahasa Inggeris: China Central Television; singkatan: CCTV) merupakan penyiar televisyen utama di Tanah Besar China. Dari sudut pertubuhan, CCTV merupakan kementerian kecil kerajaan pusat Republik Rakyat China dalam Pentadbiran Radio, Filem, dan Televisyen Negara. Oleh sebab kawalan pemerintah PRC, maka rangkaian ini tiada kebebasan editorial.

Laporan beritanya menurut garis panduan yang diarahkan Jabatan Propaganda Parti Komunis China. Namun begitu, kebanyakan rancangannya merupakan beraneka rancangan komedi dan drama. Seperti mana kebanyakan penyedia media di China, CCTV banyak dikurangkan subsidi negara pada 1990-an, maka adalah perlu baginya mengimbangkan peranannya sebagai agensi pemerintah dengan perlunya menarik penonton agar dapat menjual ruang iklan komersial.