Mahkamah Agung Rakyat

Mahkamah Agung Rakyat
Republik Rakyat China
Lambang Mahkamah Agung Rakyat Republik Rakyat China
Maklumat umum
Ditubuhkan22 Oktober 1949
Bidang kuasaRepublik Rakyat China
LokasiBeijing
Koordinat39°54′10.7″N 116°24′18.9″E / 39.902972°N 116.405250°E / 39.902972; 116.405250
Kaedah komposisiPemilihan presiden dengan persetujuan Kongres Rakyat Kebangsaan
Diberi kuasa olehPerlembagaan Republik Rakyat China
Tempoh penggal hakim5 tahun
Tapak webhttp://www.court.gov.cn/
Presiden dan Ketua
Penyandang terkiniZhou Qiang
Sejak15 Mac 2013
Wakil presiden
Penyandang terkiniShen Deyong
Sejak24 April 2008
sunting · sunting di Wikidata

Mahkamah Agung Rakyat (Cina ringkas: 最高人民法院pinyin: Zuìgāo Rénmín Fǎyuàn) atau nama resminya Mahkamah Agung Rakyat Republik Rakyat China, ialah mahkamah pengadilan tertinggi di wilayah daratan Republik Rakyat China. Bagi Hong Kong dan Makau selaku daerah pentadbiran khas yang memiliki sistem peradilan yang terpisah; Hong Kong berdasarkan tradisi common law Inggeris dan Makau berdasarkan hukum sivil Portugis, dan kedua-duanya berada di luar penguasaan Mahkamah Agung Rakyat.

Mahkamah Agung Rakyat dianggap sebagai forum tingkat tertinggi di China yang mengawasi dan mengatur prosedur peradilan bagi semua pengadilan rakyat khusus dan pengadilan subordinasi lokal. Mahkamah ini juga merupakan pengadilan tingkat terakhir di seluruh China. Mahkamah terdiri dari 340 hakim yang bersidang di pengadilan yang lebih kecil untuk memutuskan kasus hukum. Sistem pengadilan terdiri dari proses persidangan sistem empat tingkat, dan dua tingkat praperadilan.