Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (China)
Lambang Parti Komunis China | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 28 September 1954 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat, dan Militia China |
| Ibu pejabat | Bangunan 1 Ogos, Beijing |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jawatankuasa Pusat CPC |
| Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Zhōngyāng Jūnshì Wěiyuánhuì | |
Lambang Kebangsaan Republik Rakyat China | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 18 Jun 1983 |
Bidang kuasa | Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia China |
| Ibu pejabat | Bangunan 1 Ogos, Beijing |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kongres Rakyat Kebangsaan |
Laman sesawang | GOV.CN Ministry of National Defense |
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) merujuk kepada organisasi pertahanan negara yang selari dengan Parti Komunis China dan Republik Rakyat China: Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, sebuah organ Parti dibawah Jawatankuasa Pusat CPC, dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, sebuah organ pusat negara dibawah Kongres Rakyat Kebangsaan, sebagai cabang tentera kerajaan nasional.
Perintah dan kawal Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia dilaksanakan atas nama CMC Negara, di selia oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. CMC Negara secara nominal dianggap sebagai badan pembuat dasar tertinggi tentera dan pengerusinya, dipilih oleh Kongres Rakyat Kebangsaan, adalah panglima tertinggi angkatan tentera. Secara realitinya, perintah dan kawal PLA, bagaimanapun, masih dipegang oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China—iaitu CMC Parti.
Kedua-kedua suruhanjaya mempunyai keanggotaan yang sama, oleh itu sebenarnya membentuk satu institusi serupa dibawah dua nama yang berlainan , untuk melengkapkan sistem kerajaan negara dan parti. Kedua-dua suruhanjaya kini dipengerusikan oleh Xi Jinping, yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap pemimpin agung. Suruhanjaya 11-orang mengeluarkan arahan-arahan yang berkaitan dengan PLA, termasuk pelantikan pegawai kanan, penempatan pasukan dan perbelanjaan senjata. Hampir kesemua anggota adalah para jeneral kanan, tetapi jawatan yang paling penting selalunya dipegang oleh pemimpin parti paling kanan untuk memastikan kesetiaan mutlak angkatan tentera dan untuk memastikan kelangsungan hidup rejim. CMC mengawal lebih 6.8 juta anggota.
CMC ditempatkan di kawasan Kementerian Pertahanan ("Bangunan 1 Ogos") di barat Beijing.