Fahaman Xi Jinping
| Fahaman Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri China dalam Era Baharu | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Papan yang mendukung Fahaman Xi Jinping di Shenzhen, Guangdong disertai dengan lambang Parti Komunis China. | |||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 习近平新时代中国特色社会主义思想 | ||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 習近平新時代中國特色社會主義思想 | ||||||
| |||||||
Fahaman Xi Jinping tentang Sosialisme dengan ciri China dalam Era Baharu, lebih dikenali sebagai Fahaman Xi Jinping, ialah beberapa aspirasi dan cita-cita yang dikembangkan oleh Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping. Fahaman ini pertama kali disebutkan secara rasmi dalam Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-19, di mana Fahaman ini dimasukkan ke dalam perlembagaan parti. Dalam Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-13 pada 11 Mac 2018, pembukaan perlembagaan dipinda untuk menyertakan Fahaman Xi Jinping.