Wang Qishan
Wang Qishan (王岐山; lahir 19 Julai 1948) ialah seorang ahli politik dan Naib Presiden Republik Rakyat China yang terkini. Beliau merupakan salah satu tokoh terkemuka dalam pengurusan hal ehwal luar negara China bersama-sama Xi Jinping dan Li Keqiang. Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin, badan anti-rasuah Partai Komunis China serta ahli Jawatankuasa Tetap Politburo iaitu badan pemutus tertinggi China.