BoBoiBoy Movie 2
| BoBoiBoy Movie 2 | |
|---|---|
Poster filem pawagam Malaysia | |
| Pengarah | Nizam Razak |
| Penulis | Nizam Razak |
| Cerita oleh | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
| Berdasarkan | BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
| Dihasilkan oleh | Nizam Razak Kee Yong Pin |
| Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Fadhli Mohd Rawi Wong Pak Lin Orked Shazwan Anas Abdul Aziz Dzubir Mohamed Zakaria Nur Intan Syuhadah Yap Ee Jean Wong Wai Kay |
| Muzik oleh | Yuri Wong |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 116 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Bajet | RM 7 juta |
| Pecah panggung | RM 30 juta |
BoBoiBoy Movie 2 atau disebut juga Boboiboy the Movie: Evolusi Kuasa (Inggeris: Boboiboy the Movie: Evolution Power) merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat purba yang bernama Retak’ka mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.
Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Monsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.
Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand Singapura dan Brunei Vietnam. juga telah ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.
Sekuel, BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan, dijadualkan untuk ditayangkan pada 2026