Dayak

Dayak
Dayak
Dyak
Seorang ketua Dayak memegang lembing dan perisai yang dikenali sebagai Klebit Bok
Jumlah penduduk
s. 6.1 juta
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Malaysias. 3.350.509
 Indonesias. 3.009.494
Bahasa
Rumpun Bahasa Melayu-Polinesia
Terutamanya
Bahasa-bahasa Dayak
Ngaju • Iban • Klemantan • Kayan • Ot Danum • Barito • Bakumpai • Ma'anyan • Murut • dll.
Termasuk juga
Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu
Berau • Kutai • Mempawah • dll.
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Austronesia
Orang Banjar • Orang Melayu Borneo • Rejang • Malagasy, dll.
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "popplace1" yang tidak diketahui

Dayak, turut dieja sebagai Dyak atau Dayuh merupakan salah satu rumpun bumiputera di Borneo. Ia merupakan gelaran umum bagi 200 suku kaum yang menetap di kawasan sungai dan bukit, terutamanya di bahagian tengah dan selatan Pulau Borneo, dengan bahasa, dialek, adat, undang-undang, kawasan dan budaya yang tersendiri, walaupun terdapat juga persamaan umum tentang puak ini. Bahasa-bahasa Dayak dikategorikan sebagai sebahagian daripada cabang Bahasa-bahasa Austronesia. Pada zaman dahulu, sebahagian besar masyarakat Dayak memeluk kepercayaan animisme (turut dikenali sebagai Kaharingan di Indonesia), walaupun bermula pada abad ke-19 ramai yang mulai memeluk agama Kristian dan Islam.